Monday, April 4, 2016

Aku yang diusir

"fikir sikit hati engkau tu, hati engkau pun sakit juga, aku tahu" - kata kawannya.

Minggu Pertama
Hati sedikit celaru, terasa seperti apa atau bagaimana pun runsing. Macam sudah tiada arah, hilang. Sudah lama dia memendam rasa, untuk sekian lama mencuba, tersungkur, merangkak, semua lengkap memenuhi segenap cara. "Aku taktahu apa kau mahu, apa yang aku tahu, aku masih kuat disini, untuk engkau.." kata dia sendiri sambil membuang pandangan di sawah padi yang luas, sambil angin meniup selendangnya, merdu.

Minggu Kedua
Menghabiskan saki baki kehidupan di pejabat, air mukanya kerap berubah. Kelihatan benar mukanya yang sudah padam jernihnya cahaya kegembiraannya. Tiada senyuman indah seperti dahulu, hanya semakin bertambah kerutnya. Mulut semakin diam membisu. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tidak seperti biasa, "Usaha tetap usaha, pujuk akan ku pujuk, luka benar hati kau dirobek aku, aku minta maaf, aku sedar.. maafkan aku.." 
Tiap kali malam menjelma, wajib untuk diri gadis ini, menangisi kesalahannya, bilang di mana salahnya, akan di sudahkan dengan juraian airmata, sebagai rutin. Diteruskan harinya, pengisian yang sama.. 

Minggu Ketiga
"Wahai awak, apa pun yang jadi, saya disini, semoga cepat terima saya, saya rindu awak, saya rindu nak panggil awak sayang, saya rindu disayangi oleh awak" bisiknya pada diri sendiri. Dikeluarkan diari motivasinya dari bag sandangnya. Itulah satu-satunya buku yang menjadi peneman setia, teman dicurahkan segalanya, mungkin buku itu faham benar, lebih memahami ceritanya dari manusia yang kadang tak bertimbang rasa. Ada dua dan tiga tulisan yang kembang-kembang kerana saat terhenti menulis, dia memberi laluan kepada dua tiga titis airmata yang memohon untuk lalu. Dikesat matanya yang merah, memohon semangat baru untuk mencoretkan sedikit kata-kata yang menaikkan semangat. Tujuan utama buku itu dicipta adalah untuk dia memberi semangat kepada sesiapa yang memerlukan. Tetapi siapa tahu, baru di wujudkan 2 3 helai, semua motivasi yang ditulis adalah bagaikan semuannya ditulis untuk diri dia sendiri. Semakin sedih, semakin laju airmata. Ditutup buku itu, diletakkan dibawah bantal, mahu rehat dari penatnya melawan jiwa yang pilu. 

"aku tunggu kesedihan ini berlalu, biar angin membawa pergi, aku cuba melupakan, kasihan, kasihan diri ini, jiwanya hampir tersungkur, lalu dibiarkan tersungkur. satu hari kau akan bangkit, lupakan segala yang menyakiti, semoga Tuhan sentiasa tolong.." sambil dia mengesat airmatanya, pedih. - Minggu Terakhir..


Pengarang : Shahirah Ahmad

Setiap yang diceritakan adalah tiada kena mengena dengan kehidupan pengarang. Hihihii


pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...