Friday, April 29, 2016

don't try so hard

-kebahagiaan tidak memerlukan banyak kerja keras -- ia perlu diusahakan yakni dicipta dan dikawal oleh diri sendiri,
-kita perlu memilih kehidupan yang mahu kita jalani sebelum kehidupan yang memilih untuk kita,
-takdir akan datang bertandang sekiranya kamu membiarkan pintu kehidupan terbuka kepada keyakinan

(kehidupan di lorong perlahan)

"pada saat seseorang memberi sepenuh perhatian kepada apa sahaja, walaupun secarik rumput dapat menjadi sebuah dunia yang misteri, mengagumkan dan menakjubkan"

"saya sentiasa tergesa-gesa dan tidak menyedari bacaan meter minyak. ketika kereta menghala keluar dari jalanraya, saya memandang jam tangan dan menghempas stereng kereta akibat kecewa. saya perlu menghadiri mesyuarat dalam masa 15 minit lagi. tetapi sewaktu saya keluar dari kereta, sesuatu yang menakjubkan berlaku. saya memandang ke arah timur dan kelihatan matahari mula terbit dan memancarkan sinarnya di kaki langit. kabus-kabus kecil kelihatan tergantung di atas sungai dan sekawan itik melepasi kabus-kabus itu dan menyusur dengan lancar di atas permukaan air yang kelihatan seperti kaca. saya tergamam dan kagum pada masa yang sama. pemandangan yang menakjubkan ini berlaku pada setiap pagi di luar kereta saya dan saya tidak pernah meluangkan masa menghayati keindahannya. saya tergesa-gesa ke sana dan ke sini supaya tidak ketinggalan apa-apa. tetapi rupa-rupanya saya sudah ketinggalan semuanya. "memberi tumpuan sepenuhnya pada setiap momen kehidupan yang tersingkap di hadapan saya. dengan gembira tenang dan sabar saya mengembara ke dalam kehidupan di lorong perlahan menikmati setiap momen berharga yang terkandung di dalamnya.

(Chicken Soup for The Soul)

pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...