Monday, February 22, 2016

Good Woman ialah Wanita Baik

Cuaca harini panas je, memang takda peluang la nak menjaga kulit, gigih jaga kulit 5 tahun, kena panas 1 minit terus burnnnn. Sia-sia je 5 tahun aku, kah kah. 

Macamtu lah juga dalam hidup, kita hempas pulas jaga hati orang, tapi bila turn dia untuk jaga hati kita, hmmmm, memang hmmm, sebab tu kalau berkawan kena ikhlas. Bukan berkawan je, semua benda yang kita buat dalam hidup, mesti kena ikhlas. Sebab dunia ni bukan tempat kita selamanya, dunia tempat kita diuji dengan pelbagai benda. So kunci utama dalam segala hal ialah IKHLAS

Aku pening juga dengan masalah yang macam-macam. Kadang-kadang rasa nak balas je apa yang orang buat dekat kita. NAK BALAS SEBIJIK BIAR DIA RASA HAAA PADAN MUKA!! Tapi puas ke kalau dapat balas sebijik dekat orang yang buat kita tu? Ok contohnya macam ni lah ye.

Kalau kau perempuan, lepas tu pakwe kau curang dekat kau, wasap-wasap perempuan lain, mesra dengan dia, keluar dengan dia, then kau dapat tahu. Kau pun taknak kalah dengan wasap juga dengan orang lain, keluar dengan orang lain dan tercurang juga sebiji. LEPASTU APAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA??????


the thing about a really good woman is that she remains a good woman even after all of life's dissappoinments - by Yasmin Mogahed

haa amacam? nak jadi good woman tak? Jom la, tapi janji, kena ikhlas sepenuh hati dulu, kalau tak mak ko ijo.

ok baik la, aku bukan nak suruh kau jadi bengong, dia dah curang 400kali pun kau sabar sebab nak jadi good woman? tu bukan good woman awak, tu bebal woman. Sayang pun agak-agakla, tapi dengan cara balas membalas sampai kiamat pun perkara bukannya selesai, bawa la bincang, kau tegur lah si dia tu, kalau kau sayang dia la, kalau kau nak cari lain dan pakwe kau tu pun memang gatal gila babi takleh consider one more time punya orang, aku memang recommend je la kau tinggalkan dia, tak guna punya jantan. Eh tengok aku pula marah. Complicated betul la pompuan ni. Oh lagi satu, sekarang manede orang cari muka handsome dan tolak ketepi perangai buruk, no no. Umur dah 20, takda masa nak consider badboys time camni, patutnya 20 dah boleh belajar dukung baby, azan baby, basuh uri kot, bukan buang masa jadi badboys dah. 

ok sambung pasal good woman tu, kau boleh relate lah quote Yasmin Mogahed tu, apply dalam kehidupan seharian. Kawan-kawan, dengar ni, buka mata, buka telinga. BIAR LA DEKAT DUNIA NI ORANG NAK BUAT JAHAT KAT KITA KE, NAK SAKITKAN HATI KITA KE, NAK MENGUMPAT KITA KE, NAK JATUHKAN KITA KE, TOLONG LA, TOLONG, JADI KEPADA FITRAH ASAL, PEREMPUAN YANG BAIK HATI DAN LEMBUT, JANGAN BIARKAN PERKARA YANG BUAT KITA KECEWA TURN OUT KITA INTO 360 DEGREES JADI WANITA YANG PEDENDAM DAN NEGATIF. PLEASE IM BEGGING YOU, REMAINS A GOOD WOMAN, REMAINS A VERY GOOD WOMAN, ALWAYS.

weak people seek revenge,
strong people will forgive,
intelligent people will ignore.

seriously, biar je apa orang nak buat kat kita apa, perjalanan kat dunia ni pendek, apasalahnya kita mengalah, kalau dengan cara mengumpat/sakitkan hati kita buat diorang puas atau bahagia, halal kan je, semoga dia bahagia. Takpayah la untuk tidak menghalalkan atau cakap "merangkak la kau cari aku kat mahsyar!" oh dude, pls stop, tak valid lah statement orang nak merangkak cari kau, lagi satu, kita pasti ke kita pun tak merangkak? so halal kan je, supaya hati tenang, ikhlas kan, in hope orang tu juga buat benda yang sama pada kita, kita tak pernah tahu, tapi kalau Allah SWT dengar hati dan perkenankan ke? senyum. :)

ok sebenarnya topik ni dah bercampuraduk, sebab masa sedap menaip tadi, bos suruh cari fail pula. terus hilang idea tadi. so, kalau nak menulis blog, pastikan anda dalam keadaan tenang dan berada di rumah dan jangan lupa kunci pintu bilik kalau tak mak kau terus terjah, dan jangan lupa uruskan kerja-kerja rumah dulu supaya mak ko tak suruh angkat kain di jemuran jangan jadi anak dara pemalas nanti dah kahwin nak bagi laki ko makan apa makan maggi? makan pasir? makan daun? Mak aku memang suka bagi package.



pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...