Tuesday, February 16, 2016

Mount Angsi at weekend.

Cny yang lalu, kami bercadang untuk mendaki Gunung Angsi yang sudah hampir sebulan di rancang. Semenjak aku dah lama mengantung bag kerana pewai Gunung Rajah 1650M. Aku kembali dengan semangat baru. Wakakaka.

Tapi masih pewai. Pfttt. 



Ni muka tengah tunggu Amirmuim and the gang, naik kereta Mazda hijau katenyer, panjang leher aku cari Mazda hijau kau! 

Mt Angsi sangat best, angin sejuk, eh mestilah angin sejuk :P Trail dia pun okay, untuk beginner atau nak training pun okay! Highly recommend. Tinggi dia cuma 824m. Aku naik Via Bukit Putus. Bayar permit Rm 5. Panas badan kejap. Baca doa. Dan. Shoot!

Kalau tak mengeluh, bukan Shahirah binti Ahmad namanya, mungkin Shahirah binti lain lain. 


Muka pun dah macam kekure.

Naik Via Bukit Putus to reach peak, it takes 2hour and 6minutes 

And From peak, menurun melalui trail sungai ulu bendul ambik masa 3hour and 24minutes



Guider tolong ambik kan gambar, terima kasih. 

Aku takdelah kenal yang lelaki lelaki ni, cuma mereka dari group Outdoor United, kebetulan aku cakap aku duk Kuala Pilah, maka mereka pun ajak le ke Ulu bendul, tapi saya ajak ke Angsi. Borak kat Whatsapp macam dah kenal 7tahun, jumpa terus borak gegila. Itulah aku, aku akan sedaya upaya untuk tak rasa awkward, aku main redah je borak. 

Diorang was ok, ada cikgu Pjk, ada Lecturer ada student ada 3 orang budak praktikal dan 1 budak sekolah. Lihatlah betapa hebatnya kami tak membandingkan itu semua. Sebab konsep untuk menjelajah, kau itu hanya hamba Allah dan engkau perlu merendah diri. 

Sambil itu kita boleh campuradukkan ilmu pengetahuan. Best!


Ni pun gaider tolong ambik kan. 


Dunia ini seluas kaki melangkah,
Janganlah takut untuk jelajah,
Gunung dituju bukan untuk ditunjuk,
Tetapi hati yang bersatu,
Penat lelah yang ditelaah,
Melangkau jauh demi merasai keseronokkan hidangan mata dipuncak,
Yang disediakan Ilahi,
Terlupa penat yang sementara,
Ayuh, Living the moments.
-Shira2016


Ok ini lah muka kami yang gegirl, dari kiri : Kaknis, Angah, aku and Ezlyanieeeeee.

Trip kalini aku takdelah sakit otot macam previous gunung, sampai ambik mc, sampai biru kuku kaki huhhhuhu. Sebab abang guider pesan cara yang betul and jangan push sangat, just maintain pace. 

5hari juga la aku berjalan seperti nenek si bongkok tiga siang malam asyik berjaga.

Tapi, nak repeat. Syok!

Mt Angsi, 8/2/2016. DONE!

pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...