Friday, April 29, 2016

rising strong!

in life, we are going to stumble, fall and get your ass kicked, you have to practicing being brave -- and vulnerability is still uncomfortable and falling still hurts. it always will. you will learn the process of struggling and navigating hurt as much to offers us the process of being brave and showing up.

i once asked myself (rujuk kepada orang yang berjaya)
"why do these people with strong relationships, parents with deep connections to their children, teachers nurturing creativity and learning, clergy walking with people through faith, and trusted leaders have in common?"

the answer was clear; they recognize the power of emotion and they're not afraid to lean in to discomfort. -- if we are brave enough, often enough, we will fall.

after a fall is how we cultivate wholeheartedness in our lives; it's the process that teaches us the most about who we are!

gembira pada hari ini?

apa kita buat kalau kita mengetahui kematian?

-- tentu kita membuang semua kesengsaraan, kekecewaan, kehancuran hati dan refleksi diri.
kita tidak mempunyai walau sehari untuk dibazirkan, walau sehari untuk merungut, walau sehari untuk membenci, dan walau sehari untuk tidak bergembira.
rungutan dan kemarahan dibuang ke tepi. kita tidak lagi membanding-bandingkan kehidupan kita. kita tertawa tatkala mengimbas cerita lama. kita melupakan kenangan pahit dan menyimpan kenangan manis sesudah kita mengetahui kehidupan adalah singkat.

kita dapat membuang semua perasaan bimbang, prejudis, marah dan takut. kita benar-benar menikmati hari ini, satu minit pada setiap masa, dengan segala keindahan, kesederhanaan dan kasih sayang <3 


don't try so hard

-kebahagiaan tidak memerlukan banyak kerja keras -- ia perlu diusahakan yakni dicipta dan dikawal oleh diri sendiri,
-kita perlu memilih kehidupan yang mahu kita jalani sebelum kehidupan yang memilih untuk kita,
-takdir akan datang bertandang sekiranya kamu membiarkan pintu kehidupan terbuka kepada keyakinan

(kehidupan di lorong perlahan)

"pada saat seseorang memberi sepenuh perhatian kepada apa sahaja, walaupun secarik rumput dapat menjadi sebuah dunia yang misteri, mengagumkan dan menakjubkan"

"saya sentiasa tergesa-gesa dan tidak menyedari bacaan meter minyak. ketika kereta menghala keluar dari jalanraya, saya memandang jam tangan dan menghempas stereng kereta akibat kecewa. saya perlu menghadiri mesyuarat dalam masa 15 minit lagi. tetapi sewaktu saya keluar dari kereta, sesuatu yang menakjubkan berlaku. saya memandang ke arah timur dan kelihatan matahari mula terbit dan memancarkan sinarnya di kaki langit. kabus-kabus kecil kelihatan tergantung di atas sungai dan sekawan itik melepasi kabus-kabus itu dan menyusur dengan lancar di atas permukaan air yang kelihatan seperti kaca. saya tergamam dan kagum pada masa yang sama. pemandangan yang menakjubkan ini berlaku pada setiap pagi di luar kereta saya dan saya tidak pernah meluangkan masa menghayati keindahannya. saya tergesa-gesa ke sana dan ke sini supaya tidak ketinggalan apa-apa. tetapi rupa-rupanya saya sudah ketinggalan semuanya. "memberi tumpuan sepenuhnya pada setiap momen kehidupan yang tersingkap di hadapan saya. dengan gembira tenang dan sabar saya mengembara ke dalam kehidupan di lorong perlahan menikmati setiap momen berharga yang terkandung di dalamnya.

(Chicken Soup for The Soul)

don't stop

yes, i love the rose,
but also accept the torn

i fall hard -- no, very hard
but i get back up, quick
and heal faster than you can understand

there's no other way my friends
no, other way
so much distance still left to go
so many mountains left to climb

i can't stop -- i can't

to stop is to die -- and i won't die

no, we are survivors and warriors -- of
love
&
light

Monday, April 11, 2016

Sedapnya tempoyak, terangnya matahari dan cantiknya pelangi.

why I should update something?

entah, i think it's just my things to update something that give benefits to people.
i'm satisfied to have something to share and to write.
if i don't have something benefit to share with, i feel so not energetic.
because of what? i mostly cares. i mostly want the best in people. and i shouldn't complaint.
i have this courage to, and i can't stop. 
hello people, who are hurt, who are face are marred by dust. this is your place.

and i guna bahasa rojak, sebab i love rojak so much.

i know you're hurt, i may not feel the same way as you did but insyaallah i do understand.
why you are hurt? you hurt yourself didn't you? you made it by yourself right? why?
you don't have enough courage to get your back up. why? don't hurt yourself, dear.
did all your life are all dedicate to perform the fall after you try? you let yourself.
and you complaint itself. it's the real badass. 

Badassery
Someone yang claim diri dia "sakit" but it's okay to be hurt. = complaint = badass.
Lol you sakit hati sebab diri you, you selesaikan lah dengan Tuhan bagi tenang hati tu, you complain kat manusia you dah buat baik seribu tahun tapi takdaq sapa nampak & hargai em so selama ni ang ikhlas daq? manusia tu boleh pusing hati you dan tenteram kan hati you?
persoalannya ikhlas, kalau you ikhlas semua akan baik.
Kalau jujur & ikhlas tu boleh nampak mesti ang mintak sorry kat orang yang you aniaya tu selama 7bulan perjalanan ke mekah menaiki kapal.
tolong lah jadi seorang yang faham dan ikhlas. i mohon.
Selagi you hidup dekat tempat yang namanya Dunia, selagi tu hati you akan disakiti.
You seronok ke disakiti? Rasa down sepanjang masa, rasa nak commit suicide.
dan you seronok sakit kan hati orang lain? you seronok buat orang? hati you puas?
You yakin perbuatan menyakitkan hati orang tu tak dibalas? You dah menang? 
Sebelum I tendang punggung you, baik you sedar sekarang.

Kenapa kita tak hidup dengan menghargai & bersyukur.
Sebab kita rasa hidup kita tak happy dan tak cukup. Kalau you rasa you macam tu maknanya you tamak.
Kalau you rasa tak dihargai oleh seseorang, baik you kenang betul-betul perbuatan baik yang dia pernah buat kat you, atau kat orang lain.
Pernah tak you jumpa orang yang lepas handphone dia tercampak dalam jamban, and dia cakap "aku nak juga phone macam tu sebiji tak dapat phone mahal pun takpe lah aku akan hargai phone tu walaupun burok kamera macam sampah" ataupun kau kutuk kawan kau, then esok tu dia mati, baru kau nak cakap, "kalau aku tahu dia nak mati dah, aku akan hargai dia selagi dia hidup, aku harap dia sempat maafkan aku" haa pernah tak jumpa? 
Pernah kan? Banyak benda yang kita boleh syukur, kita je tak hargai sebab tak nampak, nampak salah orang je, macam orang tu jahat macam langsuir dan kita sempurna yang teramat.
Sebab diri kita sendiri, kita rasa tak cukup, apa yang kita nak ialah complain dan terus complain. Lepas complain hidup hang ada pelangi ka? :')
Cuba lah cari benda yang menghidupkan hati you, yang menceriakan hidup you.
Ye i faham you sakit, orang lain pun sakit sayang, I pun sakit, tapi kalau boleh kita cari penyelesaian bukan menambahkan rasa kebimbangan hati dengan menambah-nambah benda yang awak sendiri rumitkan.
Saya mengaku saya pun sering disakitkan tetapi saya memilih untuk diam dan tak menghebohkan, fokus untuk gembira dengan bersyukur dengan apa yang ada, cari backup supaya saya tak mati dengan kecewa yang melampau.
Kerana matahari masih ada setiap pagi, bulan masih menampakkan diri ditengah malam, ada ibu bapa yang baik, adik beradik yang pelik itu dah cukup membahagiakan saya.

Cuba pergi hargai yang awak dilahirkan oleh mak awak dan mak awak sayang awak sampai sekarang atau hargai yang awak masih ada internet untuk buat macam-macam ok? Pergilah playbook store dan download lah buku-buku yang membantu awak atau pergi kedai buku untuk kepuasan yang maksimum ok ataupun hargai yang tempoyak yang sedap itu dibuat oleh durian dan garam, kalau durian dan garam itu bergaduh macam mana kita semua nak makan tempoyak? T.T

Semuanya bermula pada diri sendiri. Pemikiran & persepsi masing-masing.

Syukur & Hargai every little thing before it's all too late for you.


love, shira

Monday, April 4, 2016

Aku yang diusir

"fikir sikit hati engkau tu, hati engkau pun sakit juga, aku tahu" - kata kawannya.

Minggu Pertama
Hati sedikit celaru, terasa seperti apa atau bagaimana pun runsing. Macam sudah tiada arah, hilang. Sudah lama dia memendam rasa, untuk sekian lama mencuba, tersungkur, merangkak, semua lengkap memenuhi segenap cara. "Aku taktahu apa kau mahu, apa yang aku tahu, aku masih kuat disini, untuk engkau.." kata dia sendiri sambil membuang pandangan di sawah padi yang luas, sambil angin meniup selendangnya, merdu.

Minggu Kedua
Menghabiskan saki baki kehidupan di pejabat, air mukanya kerap berubah. Kelihatan benar mukanya yang sudah padam jernihnya cahaya kegembiraannya. Tiada senyuman indah seperti dahulu, hanya semakin bertambah kerutnya. Mulut semakin diam membisu. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tidak seperti biasa, "Usaha tetap usaha, pujuk akan ku pujuk, luka benar hati kau dirobek aku, aku minta maaf, aku sedar.. maafkan aku.." 
Tiap kali malam menjelma, wajib untuk diri gadis ini, menangisi kesalahannya, bilang di mana salahnya, akan di sudahkan dengan juraian airmata, sebagai rutin. Diteruskan harinya, pengisian yang sama.. 

Minggu Ketiga
"Wahai awak, apa pun yang jadi, saya disini, semoga cepat terima saya, saya rindu awak, saya rindu nak panggil awak sayang, saya rindu disayangi oleh awak" bisiknya pada diri sendiri. Dikeluarkan diari motivasinya dari bag sandangnya. Itulah satu-satunya buku yang menjadi peneman setia, teman dicurahkan segalanya, mungkin buku itu faham benar, lebih memahami ceritanya dari manusia yang kadang tak bertimbang rasa. Ada dua dan tiga tulisan yang kembang-kembang kerana saat terhenti menulis, dia memberi laluan kepada dua tiga titis airmata yang memohon untuk lalu. Dikesat matanya yang merah, memohon semangat baru untuk mencoretkan sedikit kata-kata yang menaikkan semangat. Tujuan utama buku itu dicipta adalah untuk dia memberi semangat kepada sesiapa yang memerlukan. Tetapi siapa tahu, baru di wujudkan 2 3 helai, semua motivasi yang ditulis adalah bagaikan semuannya ditulis untuk diri dia sendiri. Semakin sedih, semakin laju airmata. Ditutup buku itu, diletakkan dibawah bantal, mahu rehat dari penatnya melawan jiwa yang pilu. 

"aku tunggu kesedihan ini berlalu, biar angin membawa pergi, aku cuba melupakan, kasihan, kasihan diri ini, jiwanya hampir tersungkur, lalu dibiarkan tersungkur. satu hari kau akan bangkit, lupakan segala yang menyakiti, semoga Tuhan sentiasa tolong.." sambil dia mengesat airmatanya, pedih. - Minggu Terakhir..


Pengarang : Shahirah Ahmad

Setiap yang diceritakan adalah tiada kena mengena dengan kehidupan pengarang. Hihihii


pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...