Monday, February 22, 2016

Good Woman ialah Wanita Baik

Cuaca harini panas je, memang takda peluang la nak menjaga kulit, gigih jaga kulit 5 tahun, kena panas 1 minit terus burnnnn. Sia-sia je 5 tahun aku, kah kah. 

Macamtu lah juga dalam hidup, kita hempas pulas jaga hati orang, tapi bila turn dia untuk jaga hati kita, hmmmm, memang hmmm, sebab tu kalau berkawan kena ikhlas. Bukan berkawan je, semua benda yang kita buat dalam hidup, mesti kena ikhlas. Sebab dunia ni bukan tempat kita selamanya, dunia tempat kita diuji dengan pelbagai benda. So kunci utama dalam segala hal ialah IKHLAS

Aku pening juga dengan masalah yang macam-macam. Kadang-kadang rasa nak balas je apa yang orang buat dekat kita. NAK BALAS SEBIJIK BIAR DIA RASA HAAA PADAN MUKA!! Tapi puas ke kalau dapat balas sebijik dekat orang yang buat kita tu? Ok contohnya macam ni lah ye.

Kalau kau perempuan, lepas tu pakwe kau curang dekat kau, wasap-wasap perempuan lain, mesra dengan dia, keluar dengan dia, then kau dapat tahu. Kau pun taknak kalah dengan wasap juga dengan orang lain, keluar dengan orang lain dan tercurang juga sebiji. LEPASTU APAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA??????


the thing about a really good woman is that she remains a good woman even after all of life's dissappoinments - by Yasmin Mogahed

haa amacam? nak jadi good woman tak? Jom la, tapi janji, kena ikhlas sepenuh hati dulu, kalau tak mak ko ijo.

ok baik la, aku bukan nak suruh kau jadi bengong, dia dah curang 400kali pun kau sabar sebab nak jadi good woman? tu bukan good woman awak, tu bebal woman. Sayang pun agak-agakla, tapi dengan cara balas membalas sampai kiamat pun perkara bukannya selesai, bawa la bincang, kau tegur lah si dia tu, kalau kau sayang dia la, kalau kau nak cari lain dan pakwe kau tu pun memang gatal gila babi takleh consider one more time punya orang, aku memang recommend je la kau tinggalkan dia, tak guna punya jantan. Eh tengok aku pula marah. Complicated betul la pompuan ni. Oh lagi satu, sekarang manede orang cari muka handsome dan tolak ketepi perangai buruk, no no. Umur dah 20, takda masa nak consider badboys time camni, patutnya 20 dah boleh belajar dukung baby, azan baby, basuh uri kot, bukan buang masa jadi badboys dah. 

ok sambung pasal good woman tu, kau boleh relate lah quote Yasmin Mogahed tu, apply dalam kehidupan seharian. Kawan-kawan, dengar ni, buka mata, buka telinga. BIAR LA DEKAT DUNIA NI ORANG NAK BUAT JAHAT KAT KITA KE, NAK SAKITKAN HATI KITA KE, NAK MENGUMPAT KITA KE, NAK JATUHKAN KITA KE, TOLONG LA, TOLONG, JADI KEPADA FITRAH ASAL, PEREMPUAN YANG BAIK HATI DAN LEMBUT, JANGAN BIARKAN PERKARA YANG BUAT KITA KECEWA TURN OUT KITA INTO 360 DEGREES JADI WANITA YANG PEDENDAM DAN NEGATIF. PLEASE IM BEGGING YOU, REMAINS A GOOD WOMAN, REMAINS A VERY GOOD WOMAN, ALWAYS.

weak people seek revenge,
strong people will forgive,
intelligent people will ignore.

seriously, biar je apa orang nak buat kat kita apa, perjalanan kat dunia ni pendek, apasalahnya kita mengalah, kalau dengan cara mengumpat/sakitkan hati kita buat diorang puas atau bahagia, halal kan je, semoga dia bahagia. Takpayah la untuk tidak menghalalkan atau cakap "merangkak la kau cari aku kat mahsyar!" oh dude, pls stop, tak valid lah statement orang nak merangkak cari kau, lagi satu, kita pasti ke kita pun tak merangkak? so halal kan je, supaya hati tenang, ikhlas kan, in hope orang tu juga buat benda yang sama pada kita, kita tak pernah tahu, tapi kalau Allah SWT dengar hati dan perkenankan ke? senyum. :)

ok sebenarnya topik ni dah bercampuraduk, sebab masa sedap menaip tadi, bos suruh cari fail pula. terus hilang idea tadi. so, kalau nak menulis blog, pastikan anda dalam keadaan tenang dan berada di rumah dan jangan lupa kunci pintu bilik kalau tak mak kau terus terjah, dan jangan lupa uruskan kerja-kerja rumah dulu supaya mak ko tak suruh angkat kain di jemuran jangan jadi anak dara pemalas nanti dah kahwin nak bagi laki ko makan apa makan maggi? makan pasir? makan daun? Mak aku memang suka bagi package.



Tuesday, February 16, 2016

Mount Angsi at weekend.

Cny yang lalu, kami bercadang untuk mendaki Gunung Angsi yang sudah hampir sebulan di rancang. Semenjak aku dah lama mengantung bag kerana pewai Gunung Rajah 1650M. Aku kembali dengan semangat baru. Wakakaka.

Tapi masih pewai. Pfttt. 



Ni muka tengah tunggu Amirmuim and the gang, naik kereta Mazda hijau katenyer, panjang leher aku cari Mazda hijau kau! 

Mt Angsi sangat best, angin sejuk, eh mestilah angin sejuk :P Trail dia pun okay, untuk beginner atau nak training pun okay! Highly recommend. Tinggi dia cuma 824m. Aku naik Via Bukit Putus. Bayar permit Rm 5. Panas badan kejap. Baca doa. Dan. Shoot!

Kalau tak mengeluh, bukan Shahirah binti Ahmad namanya, mungkin Shahirah binti lain lain. 


Muka pun dah macam kekure.

Naik Via Bukit Putus to reach peak, it takes 2hour and 6minutes 

And From peak, menurun melalui trail sungai ulu bendul ambik masa 3hour and 24minutes



Guider tolong ambik kan gambar, terima kasih. 

Aku takdelah kenal yang lelaki lelaki ni, cuma mereka dari group Outdoor United, kebetulan aku cakap aku duk Kuala Pilah, maka mereka pun ajak le ke Ulu bendul, tapi saya ajak ke Angsi. Borak kat Whatsapp macam dah kenal 7tahun, jumpa terus borak gegila. Itulah aku, aku akan sedaya upaya untuk tak rasa awkward, aku main redah je borak. 

Diorang was ok, ada cikgu Pjk, ada Lecturer ada student ada 3 orang budak praktikal dan 1 budak sekolah. Lihatlah betapa hebatnya kami tak membandingkan itu semua. Sebab konsep untuk menjelajah, kau itu hanya hamba Allah dan engkau perlu merendah diri. 

Sambil itu kita boleh campuradukkan ilmu pengetahuan. Best!


Ni pun gaider tolong ambik kan. 


Dunia ini seluas kaki melangkah,
Janganlah takut untuk jelajah,
Gunung dituju bukan untuk ditunjuk,
Tetapi hati yang bersatu,
Penat lelah yang ditelaah,
Melangkau jauh demi merasai keseronokkan hidangan mata dipuncak,
Yang disediakan Ilahi,
Terlupa penat yang sementara,
Ayuh, Living the moments.
-Shira2016


Ok ini lah muka kami yang gegirl, dari kiri : Kaknis, Angah, aku and Ezlyanieeeeee.

Trip kalini aku takdelah sakit otot macam previous gunung, sampai ambik mc, sampai biru kuku kaki huhhhuhu. Sebab abang guider pesan cara yang betul and jangan push sangat, just maintain pace. 

5hari juga la aku berjalan seperti nenek si bongkok tiga siang malam asyik berjaga.

Tapi, nak repeat. Syok!

Mt Angsi, 8/2/2016. DONE!

Biarkan orang mengata.

Kita terlalu mengambil berat bila ada seseorang mahu menyampaikan cerita yang mengapi-apikan kita. Siapa je suka bila orang mengata pasal kita?

Andai ada orang kata, "weh budak ni ada update pasal attitude engkau, jap aku screenshot"
Tidak mengapa, aku tidak perlu tahu.

Andai orang kata, "perangai dia macam babi, nak tahu siapa?"
Tidak mengapa, aku tidak perlu tahu.

Andai orang kata, "tadi aku nampak pakwe kau borak dengan ... jap aku siasat"
Tidak mengapa, aku juga tidak perlu tahu. 

Kenapa kita terlalu kisah dengan semua itu? Sudah tentulah kita tidak mahu ketinggalan, sudah tentulah kita mahu menegakkan keadilan untuk tidak terlihat hina dimata orang. Tapi pernah kita fikir pandangan dari Tuhan, yang tahu seisinya? 

Living your moment with a good vibes. It will make yourself happy and happily thinking the way you want to think. Lets fill your life with a good things. Busy kan diri dengan membaca atau menuntut ilmu tentang masa yang akan datang, yang boleh kau gunakan bila engkau perlukan. Worth your time with something yang ada future value. 

Kalau kita curious and nak tahu apa orang berkata pasal kita, selepas itu apa?
Kalau aku nak tahu kisah silam boyfren aku dengan ex dia, selepas itu apa?
Kalau orang kutuk aku dengan benda yang aku lebih tahu, selepas itu apa?


Matangkan fikiran kita, kita mampu mengubahnya.

pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...