Monday, April 4, 2016

Aku yang diusir

"fikir sikit hati engkau tu, hati engkau pun sakit juga, aku tahu" - kata kawannya.

Minggu Pertama
Hati sedikit celaru, terasa seperti apa atau bagaimana pun runsing. Macam sudah tiada arah, hilang. Sudah lama dia memendam rasa, untuk sekian lama mencuba, tersungkur, merangkak, semua lengkap memenuhi segenap cara. "Aku taktahu apa kau mahu, apa yang aku tahu, aku masih kuat disini, untuk engkau.." kata dia sendiri sambil membuang pandangan di sawah padi yang luas, sambil angin meniup selendangnya, merdu.

Minggu Kedua
Menghabiskan saki baki kehidupan di pejabat, air mukanya kerap berubah. Kelihatan benar mukanya yang sudah padam jernihnya cahaya kegembiraannya. Tiada senyuman indah seperti dahulu, hanya semakin bertambah kerutnya. Mulut semakin diam membisu. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tidak seperti biasa, "Usaha tetap usaha, pujuk akan ku pujuk, luka benar hati kau dirobek aku, aku minta maaf, aku sedar.. maafkan aku.." 
Tiap kali malam menjelma, wajib untuk diri gadis ini, menangisi kesalahannya, bilang di mana salahnya, akan di sudahkan dengan juraian airmata, sebagai rutin. Diteruskan harinya, pengisian yang sama.. 

Minggu Ketiga
"Wahai awak, apa pun yang jadi, saya disini, semoga cepat terima saya, saya rindu awak, saya rindu nak panggil awak sayang, saya rindu disayangi oleh awak" bisiknya pada diri sendiri. Dikeluarkan diari motivasinya dari bag sandangnya. Itulah satu-satunya buku yang menjadi peneman setia, teman dicurahkan segalanya, mungkin buku itu faham benar, lebih memahami ceritanya dari manusia yang kadang tak bertimbang rasa. Ada dua dan tiga tulisan yang kembang-kembang kerana saat terhenti menulis, dia memberi laluan kepada dua tiga titis airmata yang memohon untuk lalu. Dikesat matanya yang merah, memohon semangat baru untuk mencoretkan sedikit kata-kata yang menaikkan semangat. Tujuan utama buku itu dicipta adalah untuk dia memberi semangat kepada sesiapa yang memerlukan. Tetapi siapa tahu, baru di wujudkan 2 3 helai, semua motivasi yang ditulis adalah bagaikan semuannya ditulis untuk diri dia sendiri. Semakin sedih, semakin laju airmata. Ditutup buku itu, diletakkan dibawah bantal, mahu rehat dari penatnya melawan jiwa yang pilu. 

"aku tunggu kesedihan ini berlalu, biar angin membawa pergi, aku cuba melupakan, kasihan, kasihan diri ini, jiwanya hampir tersungkur, lalu dibiarkan tersungkur. satu hari kau akan bangkit, lupakan segala yang menyakiti, semoga Tuhan sentiasa tolong.." sambil dia mengesat airmatanya, pedih. - Minggu Terakhir..


Pengarang : Shahirah Ahmad

Setiap yang diceritakan adalah tiada kena mengena dengan kehidupan pengarang. Hihihii


Monday, March 28, 2016

unspoken


aku redha dengan semua benda yang jadi, aku manusia, selalu demand lebih, tapi kebanyakkan minta benda-benda yang aku suka, yelah, benda yang kita suka mestilah benda yang mengembirakan, betul kan?

banyak benda tak tersebut, tak mampu di ungkap. im having such an unimaginable issues. otak tak mampu fungsi, letih agaknya. aku serah pada yang mampu. aku bagi semua. aku pasrah&redha untuk apa yang jadi.

aku letih sangat.


Sunday, March 6, 2016

shivering

what u do when u totally lost?

i always nasihat orang,
orang selalu minta nasihat aku,
tapi bilamana aku yang perlukan semua tu,
siapa boleh bantu?

Tuhan...dengar aku. tak terdaya. tak terkata. 

apa boleh aku buat,
kadang-kadang aku juga perlukan kekuatan,
dan apabila diberi kekuatan,
aku cuma minta satu,
kuatkan aku untuk tabahkan dan persiapkan diri,
di dunia yang kejam..

Monday, February 22, 2016

Good Woman ialah Wanita Baik

Cuaca harini panas je, memang takda peluang la nak menjaga kulit, gigih jaga kulit 5 tahun, kena panas 1 minit terus burnnnn. Sia-sia je 5 tahun aku, kah kah. 

Macamtu lah juga dalam hidup, kita hempas pulas jaga hati orang, tapi bila turn dia untuk jaga hati kita, hmmmm, memang hmmm, sebab tu kalau berkawan kena ikhlas. Bukan berkawan je, semua benda yang kita buat dalam hidup, mesti kena ikhlas. Sebab dunia ni bukan tempat kita selamanya, dunia tempat kita diuji dengan pelbagai benda. So kunci utama dalam segala hal ialah IKHLAS

Aku pening juga dengan masalah yang macam-macam. Kadang-kadang rasa nak balas je apa yang orang buat dekat kita. NAK BALAS SEBIJIK BIAR DIA RASA HAAA PADAN MUKA!! Tapi puas ke kalau dapat balas sebijik dekat orang yang buat kita tu? Ok contohnya macam ni lah ye.

Kalau kau perempuan, lepas tu pakwe kau curang dekat kau, wasap-wasap perempuan lain, mesra dengan dia, keluar dengan dia, then kau dapat tahu. Kau pun taknak kalah dengan wasap juga dengan orang lain, keluar dengan orang lain dan tercurang juga sebiji. LEPASTU APAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA??????


the thing about a really good woman is that she remains a good woman even after all of life's dissappoinments - by Yasmin Mogahed

haa amacam? nak jadi good woman tak? Jom la, tapi janji, kena ikhlas sepenuh hati dulu, kalau tak mak ko ijo.

ok baik la, aku bukan nak suruh kau jadi bengong, dia dah curang 400kali pun kau sabar sebab nak jadi good woman? tu bukan good woman awak, tu bebal woman. Sayang pun agak-agakla, tapi dengan cara balas membalas sampai kiamat pun perkara bukannya selesai, bawa la bincang, kau tegur lah si dia tu, kalau kau sayang dia la, kalau kau nak cari lain dan pakwe kau tu pun memang gatal gila babi takleh consider one more time punya orang, aku memang recommend je la kau tinggalkan dia, tak guna punya jantan. Eh tengok aku pula marah. Complicated betul la pompuan ni. Oh lagi satu, sekarang manede orang cari muka handsome dan tolak ketepi perangai buruk, no no. Umur dah 20, takda masa nak consider badboys time camni, patutnya 20 dah boleh belajar dukung baby, azan baby, basuh uri kot, bukan buang masa jadi badboys dah. 

ok sambung pasal good woman tu, kau boleh relate lah quote Yasmin Mogahed tu, apply dalam kehidupan seharian. Kawan-kawan, dengar ni, buka mata, buka telinga. BIAR LA DEKAT DUNIA NI ORANG NAK BUAT JAHAT KAT KITA KE, NAK SAKITKAN HATI KITA KE, NAK MENGUMPAT KITA KE, NAK JATUHKAN KITA KE, TOLONG LA, TOLONG, JADI KEPADA FITRAH ASAL, PEREMPUAN YANG BAIK HATI DAN LEMBUT, JANGAN BIARKAN PERKARA YANG BUAT KITA KECEWA TURN OUT KITA INTO 360 DEGREES JADI WANITA YANG PEDENDAM DAN NEGATIF. PLEASE IM BEGGING YOU, REMAINS A GOOD WOMAN, REMAINS A VERY GOOD WOMAN, ALWAYS.

weak people seek revenge,
strong people will forgive,
intelligent people will ignore.

seriously, biar je apa orang nak buat kat kita apa, perjalanan kat dunia ni pendek, apasalahnya kita mengalah, kalau dengan cara mengumpat/sakitkan hati kita buat diorang puas atau bahagia, halal kan je, semoga dia bahagia. Takpayah la untuk tidak menghalalkan atau cakap "merangkak la kau cari aku kat mahsyar!" oh dude, pls stop, tak valid lah statement orang nak merangkak cari kau, lagi satu, kita pasti ke kita pun tak merangkak? so halal kan je, supaya hati tenang, ikhlas kan, in hope orang tu juga buat benda yang sama pada kita, kita tak pernah tahu, tapi kalau Allah SWT dengar hati dan perkenankan ke? senyum. :)

ok sebenarnya topik ni dah bercampuraduk, sebab masa sedap menaip tadi, bos suruh cari fail pula. terus hilang idea tadi. so, kalau nak menulis blog, pastikan anda dalam keadaan tenang dan berada di rumah dan jangan lupa kunci pintu bilik kalau tak mak kau terus terjah, dan jangan lupa uruskan kerja-kerja rumah dulu supaya mak ko tak suruh angkat kain di jemuran jangan jadi anak dara pemalas nanti dah kahwin nak bagi laki ko makan apa makan maggi? makan pasir? makan daun? Mak aku memang suka bagi package.



Tuesday, February 16, 2016

Mount Angsi at weekend.

Cny yang lalu, kami bercadang untuk mendaki Gunung Angsi yang sudah hampir sebulan di rancang. Semenjak aku dah lama mengantung bag kerana pewai Gunung Rajah 1650M. Aku kembali dengan semangat baru. Wakakaka.

Tapi masih pewai. Pfttt. 



Ni muka tengah tunggu Amirmuim and the gang, naik kereta Mazda hijau katenyer, panjang leher aku cari Mazda hijau kau! 

Mt Angsi sangat best, angin sejuk, eh mestilah angin sejuk :P Trail dia pun okay, untuk beginner atau nak training pun okay! Highly recommend. Tinggi dia cuma 824m. Aku naik Via Bukit Putus. Bayar permit Rm 5. Panas badan kejap. Baca doa. Dan. Shoot!

Kalau tak mengeluh, bukan Shahirah binti Ahmad namanya, mungkin Shahirah binti lain lain. 


Muka pun dah macam kekure.

Naik Via Bukit Putus to reach peak, it takes 2hour and 6minutes 

And From peak, menurun melalui trail sungai ulu bendul ambik masa 3hour and 24minutes



Guider tolong ambik kan gambar, terima kasih. 

Aku takdelah kenal yang lelaki lelaki ni, cuma mereka dari group Outdoor United, kebetulan aku cakap aku duk Kuala Pilah, maka mereka pun ajak le ke Ulu bendul, tapi saya ajak ke Angsi. Borak kat Whatsapp macam dah kenal 7tahun, jumpa terus borak gegila. Itulah aku, aku akan sedaya upaya untuk tak rasa awkward, aku main redah je borak. 

Diorang was ok, ada cikgu Pjk, ada Lecturer ada student ada 3 orang budak praktikal dan 1 budak sekolah. Lihatlah betapa hebatnya kami tak membandingkan itu semua. Sebab konsep untuk menjelajah, kau itu hanya hamba Allah dan engkau perlu merendah diri. 

Sambil itu kita boleh campuradukkan ilmu pengetahuan. Best!


Ni pun gaider tolong ambik kan. 


Dunia ini seluas kaki melangkah,
Janganlah takut untuk jelajah,
Gunung dituju bukan untuk ditunjuk,
Tetapi hati yang bersatu,
Penat lelah yang ditelaah,
Melangkau jauh demi merasai keseronokkan hidangan mata dipuncak,
Yang disediakan Ilahi,
Terlupa penat yang sementara,
Ayuh, Living the moments.
-Shira2016


Ok ini lah muka kami yang gegirl, dari kiri : Kaknis, Angah, aku and Ezlyanieeeeee.

Trip kalini aku takdelah sakit otot macam previous gunung, sampai ambik mc, sampai biru kuku kaki huhhhuhu. Sebab abang guider pesan cara yang betul and jangan push sangat, just maintain pace. 

5hari juga la aku berjalan seperti nenek si bongkok tiga siang malam asyik berjaga.

Tapi, nak repeat. Syok!

Mt Angsi, 8/2/2016. DONE!

Biarkan orang mengata.

Kita terlalu mengambil berat bila ada seseorang mahu menyampaikan cerita yang mengapi-apikan kita. Siapa je suka bila orang mengata pasal kita?

Andai ada orang kata, "weh budak ni ada update pasal attitude engkau, jap aku screenshot"
Tidak mengapa, aku tidak perlu tahu.

Andai orang kata, "perangai dia macam babi, nak tahu siapa?"
Tidak mengapa, aku tidak perlu tahu.

Andai orang kata, "tadi aku nampak pakwe kau borak dengan ... jap aku siasat"
Tidak mengapa, aku juga tidak perlu tahu. 

Kenapa kita terlalu kisah dengan semua itu? Sudah tentulah kita tidak mahu ketinggalan, sudah tentulah kita mahu menegakkan keadilan untuk tidak terlihat hina dimata orang. Tapi pernah kita fikir pandangan dari Tuhan, yang tahu seisinya? 

Living your moment with a good vibes. It will make yourself happy and happily thinking the way you want to think. Lets fill your life with a good things. Busy kan diri dengan membaca atau menuntut ilmu tentang masa yang akan datang, yang boleh kau gunakan bila engkau perlukan. Worth your time with something yang ada future value. 

Kalau kita curious and nak tahu apa orang berkata pasal kita, selepas itu apa?
Kalau aku nak tahu kisah silam boyfren aku dengan ex dia, selepas itu apa?
Kalau orang kutuk aku dengan benda yang aku lebih tahu, selepas itu apa?


Matangkan fikiran kita, kita mampu mengubahnya.

Thursday, September 3, 2015

latihan 1.

nama saya shahirah bt ahmad umur saya 19 tahun saya belajar di politeknik port dickson saya suka sangat makan ayam yang digoreng oleh mak nisa sebab ayam nya sangat lah sedap hingga menjilat jari jemari saya yang pendek lagi debab ini. saya juga sudah makan pada hari ini, dan harini saya makan ayam, sambal kentang dan nasi putih letak kicap. harini saya pakai baju maroon ke kelas dan tudung coklat serta kasut dan stoking. saya suka pakai stoking itu sebab stoking itu nampak cantik di kaki saya. tak lupa juga saya akan memakai losyen sebelum menyarung stoking supaya kaki lebih lembut tetapi pada hari yang indah ini saya terlupa nak pakai sebab nak cepat, saya keluar rumah paling lambat harini sebab saya mandi lama gila. so saya pasrah je sebenarnya. saya rasa macam nak tidur lah sebab saya terasa sangatlah penat untuk tak tidur dan juga tidur itu bagus untuk kesihatan. jadi, tidurlah untuk memajukan negara.
 
 
ok ini tetiba sangat, sebenarnya aku tengah training untuk kelajuan menaip book of records, wish me luck!

pain is temporary

move on "everything's got a morale if only you can find it, love" how to move on? is it easy? yas.  take time to g...